Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 ENTRI SEPULUH


Akhir kata.....

Sekarang saya lebih tahu tentang budaya Melayu. Saya sungguh gembira kerana diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini! Harap-harap, saya dan rakan-rakan saya dapat memengangi hadiah dalam pertandigan ini.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI SEMBILAN

ADAT PERKHAWINAN ORANG MELAYU.

Pengenalan

Dalam masyarakat Melayu, majlis perkahwinan merupakan peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding. Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya ialah majlis bersanding.

Pada zaman dahulu, hal-hal tentang perkahwinan dan mencari jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara-mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada http://ilajun.tripod.com/

Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KE LAPAN

Makanan kegemaran saya- MI SOTO.

Mee soto ialah makanan orang Melayu yang mana di dalamnya terdapat isi-isi ayam yang lembut. Ayam tersebut terdahulu direbus dengan rencah khas untuk mengenakkan lagi ayam tersebut. Terdapat juga tauge dan mee kuning atuapun mee hoon untuk mengenakan dengan sop yang sudah disediakan.

Mi soto yang paling terenak yang pernah saya makan ialah punya nenek saya. Nenek saya paling tahu sekali bagaimana untuk menyediakannya untuk saya! Saya sayang nenek saya!

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

SEJARAH ORANG MELAYU

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup dengan harmoni sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.


Hari ini, kaum Melayu, merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, orang yang dikenali sebagai Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya, orang Melayu ialah penganut agama Buddha dan Hindu sekitar kurun ke 1400-an. Apabila Islam tiba, orang Melayu meganut agama Islam pula. Ini dipengaruhi oleh golongan istana yang memerintah sewaktu zaman kegemilangan Melaka.

dipetik:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1404:masyarakat-majmuk&catid=185:masyarakat-majmuk&Itemid=9

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Gambar-gambar saya dan rakan-rakan saya semasa hari keharmonian kaum (:
























HARI KEHARMONIAN KAUM

Hari Keharmonian Kaum ialah hari yang mana semua warga Singapura merayakan dan memahami agama dan budaya bangsa lain seperti Melayu, Tionghua dan India. Ia disambut pada 21 Julai setiap tahun.

Dari itu, sekolah-sekolah di Singapura meraikan Hari Keharmonian Kaum supaya para pelajar dapat menghargai bukan sahaja budaya bangsa lain tetapi juga budaya kita sendiri.
Pada hari keharmonian kaum, pelajar-pelajar di sekolah digalakkan untuk memakai pakaian tradisional kaum lain.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Sawah Padi

Salah satu kegiatan masyarakat Melayu tradisional ialah menanam padi. Di beberapa negara di Asia Tenggara, aktiviti menanam padi masih dilakukan. Misalnya, sewaktu lawatan saya dan rakan-rakan saya ke Brunei, kami sempat melawat Kampung Bakiau, tempat di mana aktiviti menanam padi dijalankan. Kami juga diberi kesempatan untuk menanam padi di sana.









Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING - ENTRI KEEMPAT

Menjejak budaya Melayu-

Gulingtangan.




Pada tarikh 21 hingga 24 Jun, murid-murid yang mempunyai keputusan baik dalam peperiksaan telah dipilih untuk mewakili Sekolah Menengah Guangyang untuk berdarmawisata ke Brunei Darusalam. Di Brunei, saya dapat mempelajari tentang banyak perkara, salah satunya ialah seni persembahan gulingtangan.


Peralatan muzik gulingtangan terdiri daripada gong, gendang, rebana,tawak-tawak, canang, gendang labik dan gulingtangannya sendiri. Dalam persembahan gulingtangan, kita perlukan sekurang-kurang sepuluh orang untuk memainkan peralatan muzik tersebut.










Nikmatilah gambar-gambar kami di Brunei (:


Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA


Menjejak budaya Melayu-
Seni persembahan SILAT.


Seni silat ialah sejenis aktiviti bela diri yang diiktiraf sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat.
Perasaan saya:
Sebagai seorang murid yang masih sihat aktif, saya telah pun mencuba untuk belajar Pencak Silat. Ia memang tidak mudah untuk kita pelajarinya tetapi dengan semangat yang sangat waja, saya berjaya untuk bersilat dengan baik.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


Menjejak budaya Melayu -Seni Persembahan


Seni persembahan tradisional merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater. Antara tujuan seni persembahan tradisional adalah untuk hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan untuk ritual biasanya bertujuan untuk memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan masyarakat pada ketika itu. Terdapat juga seni persembahan untuk menunjukkan kesyukuran seperti dalam majlis perkahwinan, kelahiran dan menuai. Selain itu ada seni persembahan yang bertujuan untuk menolak bala dan malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir dan ribut taufan.

Persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat dalam kalangan suku-suku kaum di Sabah. Di dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau dan tarian sumayau/ mandasayau dari suku kaum Dusun. Tarian untuk menyemah semangat yang juga digunakan sebagai pengubatan terdapat dalam kalangan suku kaum Dusun di kawasan Kuala Penyu yang mengadakan tarian sumazau untuk upacara bergading. Sementara itu, suku kaum Dusun di Membakut menggunakan tarian yang sama di dalam upacara memanta. Untuk tujuan yang sama suku kaum Rungus dan Kimaragang mempersembahkan tarian mengigol dan sumandai.
dipetik dan diubah suai daripada lelaman-http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/ghouse.html

Tuesday, July 6, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA


Menjejak budaya melayu
Sebagai seorang Melayu yang menetap di Singapura, saya amat bangga dengan budaya Melayu yang masih kuat diamalkan di Singapura. Misalnya, semangat gotong-royong amat jelas apabila tiba satu majlis ataupun kenduri. Saudara-mara akan berkumpul dan rewang bersama-sama. Selain itu, orang Melayu juga mempunyai amalan bermaaf-maafan terutama sekali ketika hari raya.
Saya amat gembira sekali kerana berpeluang untuk menyertai pertandingan ini. Saya berharap untuk memenangi pertandingan ini agar dapat membangkitkan semangat saya untuk membuat yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.