Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI SEMBILAN

ADAT PERKHAWINAN ORANG MELAYU.

Pengenalan

Dalam masyarakat Melayu, majlis perkahwinan merupakan peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding. Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya ialah majlis bersanding.

Pada zaman dahulu, hal-hal tentang perkahwinan dan mencari jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara-mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada http://ilajun.tripod.com/

No comments:

Post a Comment