Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

SEJARAH ORANG MELAYU

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup dengan harmoni sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.


Hari ini, kaum Melayu, merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, orang yang dikenali sebagai Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya, orang Melayu ialah penganut agama Buddha dan Hindu sekitar kurun ke 1400-an. Apabila Islam tiba, orang Melayu meganut agama Islam pula. Ini dipengaruhi oleh golongan istana yang memerintah sewaktu zaman kegemilangan Melaka.

dipetik:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1404:masyarakat-majmuk&catid=185:masyarakat-majmuk&Itemid=9

No comments:

Post a Comment