Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA


Menjejak budaya Melayu-
Seni persembahan SILAT.


Seni silat ialah sejenis aktiviti bela diri yang diiktiraf sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat.
Perasaan saya:
Sebagai seorang murid yang masih sihat aktif, saya telah pun mencuba untuk belajar Pencak Silat. Ia memang tidak mudah untuk kita pelajarinya tetapi dengan semangat yang sangat waja, saya berjaya untuk bersilat dengan baik.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


Menjejak budaya Melayu -Seni Persembahan


Seni persembahan tradisional merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater. Antara tujuan seni persembahan tradisional adalah untuk hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan untuk ritual biasanya bertujuan untuk memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan masyarakat pada ketika itu. Terdapat juga seni persembahan untuk menunjukkan kesyukuran seperti dalam majlis perkahwinan, kelahiran dan menuai. Selain itu ada seni persembahan yang bertujuan untuk menolak bala dan malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir dan ribut taufan.

Persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat dalam kalangan suku-suku kaum di Sabah. Di dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau dan tarian sumayau/ mandasayau dari suku kaum Dusun. Tarian untuk menyemah semangat yang juga digunakan sebagai pengubatan terdapat dalam kalangan suku kaum Dusun di kawasan Kuala Penyu yang mengadakan tarian sumazau untuk upacara bergading. Sementara itu, suku kaum Dusun di Membakut menggunakan tarian yang sama di dalam upacara memanta. Untuk tujuan yang sama suku kaum Rungus dan Kimaragang mempersembahkan tarian mengigol dan sumandai.
dipetik dan diubah suai daripada lelaman-http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/ghouse.html

Tuesday, July 6, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA


Menjejak budaya melayu
Sebagai seorang Melayu yang menetap di Singapura, saya amat bangga dengan budaya Melayu yang masih kuat diamalkan di Singapura. Misalnya, semangat gotong-royong amat jelas apabila tiba satu majlis ataupun kenduri. Saudara-mara akan berkumpul dan rewang bersama-sama. Selain itu, orang Melayu juga mempunyai amalan bermaaf-maafan terutama sekali ketika hari raya.
Saya amat gembira sekali kerana berpeluang untuk menyertai pertandingan ini. Saya berharap untuk memenangi pertandingan ini agar dapat membangkitkan semangat saya untuk membuat yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.